Selasa, 12 Julai 2011

aku dan sesuatu vol. 86 ~ DUHAI HATI

DUHAI HATI...
BILA ENGKAU MEMANDANG SEGALANYA DARI ALLAH..
YANG MENIMPAKAN UJIAN...
YANG MENYEBABKAN SAKITNYA HATIMU...
YANG MEMBUATKAN KEINGINANMU TERHALANG...

PASTINYA....

DAMAILAH HATIMU KERANA...
MASAKAN ALLAH SENGAJA MENTADBIRKAN SEGALANYA DENGAN SIA-SIA...
BUKAN ALLAH TIDAK TAHU DERITANYA HIDUPMU...
PECAHNYA HATIMU...

TAPI...

MUNGKIN ITULAH YANG DIA MAHU...

KERANA...

DIA TAHU...
HATI YANG SEBEGINI LEBIH LUNAK DAN LEBIH MUDAH UNTUK DEKAT DENGAN-NYA..

Isnin, 13 Jun 2011

aku dan sesuatu vol. 85 ~ stress punca gemok




mesti terfikir-fikir, betul ke stress nie punca gemok... ade la 2 3 hari lepas aku terbaca pasal benda nie kt wall sape tah aku pun xingat da... masalahnya nie bila org lain tanye "naik badan ko skung" aku slambe je jwb "hati senang ^^" huhu tetibe nie da becangah plak... hati senang punca aku gemok or stress yang buat aku gemok... haha pelik an, xtau mane yang betul... yang aku betul2 perasan mg bila aku stress aku memang kuat mkn sket... mulut asik nk mengunyah je... tp.... bila hati senang tabiat 2 lbih kuang je... kunyah... kunyah... n kunyah... adeh masalah 2... ok meh kite try usha2 punca2 stress yg selalunya jdik pada kite rakyat biase ,stress nie biasanya dalam apabila 4 eleman ini wujud, iaitu tubuh..emosi..minda dan perilaku...

antara punca-punca stress
-pengalaman zaman kanak-kanak
-perwatakan ataupun personaliti diri
-tahap keyakinan dan nilai raseharga diri
-dilema dalam membuat keputusan

bila da stress nie biase org ambil kaunseling la... share ngan kwn2 la... tp sbenanye kite juga boleh kawal stress 2 melalui pemakanan...

antara makanan yang dapat membantu menangani stress nie

AYAM/IKAN BAKAR
-sumber makanan ini mengadgi jumlah protin yg tinggi dan secara xlansungnye membantu otak kita mengekalkan tahap kawarasan berfikir.

JAGUNG
-makanan yang berunsur kabohidrat... kabohdidrat nie membantu otak kite mengeluarkan sirotin(ala cam iklan susu dak2 kecik 2)yang boleh membuat kita berasa lebih tanang.

BADAM
-semua orang tahu kot badam mg makanan anti stress yang terbaik... khasiat dlm badam 2 sendiri iaitu vitamin b2 vitamin E dan megnasium membolehkan si pengambil menjadi lebih tenang dan boleh mengembalikan emosi dengan cepat... bukan tu saja malah badam boleh mengurangkan resiko serangan jantung.

SUSU
-bahan antioksidan yang membantutkan tekanan dalaman

COKLET
-unsur nadamin dan feniletilamin menjadikan saraf dalam otak lebih stabil dalam mengawal emosi..(*so klu bf or gf korang yg ske marah2 2 bg die mkn coklet byak2 bia die cool slalu hehe)

lepas bace yang aku tulis nie korang rase korang stuju ke yang stress nie menyebabkan gemok?? haha xtau la an.. siri pk n siri tafsir...

Selasa, 7 Jun 2011

aku dan sesuatu vol. 84 ~ mimpi?? simbolik atau petanda...

mimpi benda yg slalu kite dapat mase tido...mimpi plak ade mcm2 cara dan halnya... pelik gak kadang2 mimpi nie buat kite xleh tido ngan lena kadang mimpi nie wt kite betambah2 lena smpai xsedo diri plak...

apa sebenarnya mimpi 2... pelik aku... cam aku skung slalu je mimpi tp sedar je xingat ape da.... kdang2 ade gak la mimpi yg seakan2 beri petanda... mcm sayang arinie mimpi pasal rumput... bila aku google tafsirannye ade yg baik ade yg kurang menyenangkan... tp ape sebenanrnya mimpi nie?? simbolik atau petanda??

org melayu kita slalu kaitkan mimpi dengan maksud tersendiri... tafsiran mimpi... biasanya org islam akan kaitkan mimpi dengan al-quran ataupun sunnah...ramai ilmuan islam yang menginterpretasi maksud mimpi derdasarkan kajian menyeluruh mereka kepada al-quran dan sunnah lalu menyimpulkan makne mimpi itu berbentuk simbolik... maka hari ini bila kite mimpi kita akn fokus pada sesuatu untuk ditafsirkan, contohnya kambing ke... rumput ke... kite fokus utama mimpi itu..biasanya mimpi ditarsirkan kepada 3 bentuk cabang.... al-quran sunnah dan perkataan....

Seperti yang dimaklumi, Al-Quran dan mimpi yang baik-baik datang daripda Allah. Oleh itu, imej atau simbol yang digunakan dalam Al-Quran sesuai digunakan untuk menginterpretasi mimpi. Dengan itu, dalam memastikan kebenaran tafsiran mimpi tersebut tafsiran mimpi perlu bergantung kepada apa yang ada dalam Al-Quran yang tulen dan elakkan pandangan berdasarkan mazhab. Manakala tafsiran berdasarkan Sunnah Nabi ini berbentuk kiasan. Contohnya Tulang rusuk yang mengambarkan wanita kerana wanita diciptakan berdasarkan tulang rusuk lelaki. Sementara itu, interpretasi mimpi berdasarkan perkataan merujuk kepada maksud yang optimis yang mungkin berasal daripada nama orang dan sesuatu benda.

jadi boleh la kite percaya pada tafsiran mimpi nie... walaupun xsemestinya betul 100% tp klu kne sikit2 pun ok la an... lagi pun "tidak akan Allah ciptakan sesuatu pekara itu melainkan untuk kebaikan" jdik selamat beramal dan take care ^^

Isnin, 6 Jun 2011

aku dan sesuatu vol. 83~karektor otak kiri dan otak kanan

slalu org cakap otak kire selalunya digunakan untuk benda2 kretif... otak kanan plak die gunakan pada benda2 logik... rupenye selama nie kite ditipu dengan fakta rupanye... ape yang aku bace dan paham sebenarnya dalam sesuatu permikiran otak kite akan mengalami pertindihan... input yg otak kanan ade ade di proses juga oleh otak kanan dan begitu juga sebaliknya...pemprosesan data dlm otak kita sebenarnya dibahagikan kepada karektor... so korang bleh rujuk anta karektor-karektor itu...

KAREKTOR OTAK KIRI DAN OTAK KANAN

Pertuturan vs bukan pertuturan- kebolehan pertuturan biasanya terletak didalam otak kiri. Proses otak kanan mungkin menghadapi kesukaran menamakan atau melabelkan objek biasa, tetapi akan notis karektor bukan pertuturan orang yang bercakap.

Analisa vs Bercampur-aduk – Otak kiri yang menganalisa biasanya menyebabkan kerja berjalan berperingkat-peringkat dalam satu masa, satu demi satu. Biasanya lambat dan membosankan. Manakala proses campur-aduk otak kanan cuba menemukan perhubungan dan membuat perkara lain sekaligus.

Simbol(tanda) vs Konkrit(wujud)– Proses otak kiri berfikir dalam bentuk (tanda/symbol) , angka dan huruf. Proses otak kanan perlu wujud dan belajar melalui perbuatan, sentuhan dan gerakan.

Tepat masa vs Tak tepat masa – Proses otak kanan kurang memikirkan waktu. Apabila mereka menyertai sesuatu projek, mereka tidak mengira berapa lama masa telah berlalu. Proses otak kiri biasanya lebih menepati waktu.

Duniawi vs Spiritual - Proses otak kanan lebih banyak menjuruskan kearah spiritual. Proses otak kiri lebih banyak menjurus kearah duniawi.

Rational vs Tidak Rational – Proses otak kiri lebih banyak berdasarkan realiti dan perlu melihat pada logik dan penyebab pada sesuatu keputusan. Proses otak kanan tidak mempedulikan alasannya dalam mencari cara terbaik dalam membuat sesuatu dan mimpikan tentang cara sesuatu perkara perlu dan boleh jadi.


Logik vs Intuitif (Pengetahuan) – Otak kanan lebih mengikut urutan dan logik, 1-2-3, satu perbuatan dalam satu masa dengan system keutamaan. Otak kanan bagaikan meletup dengan pencaturan yang pelbagai tanpa ada keutamaan.


Lurus vs Holistik – Lurus bermakna sebahagian-dari-keseluruhan. Sementara otak kiri mengambil bahagian yang sedikit, mengatur dalam aturan logik, dan kembali dengan kesimpulan, otak kanan perlu melihat gambaran sepenuhnya. Holistic, seluruh-bahagian, bermakna otak kanan bermula dengan konsep total dan kemudiannya baru memandang pada bahagian- bahagian yang sedikit.

Perkataan terakhir yang diperkatakan – Proses otak kanan lebih mudah mengingati perkataan terakhir yang diperkatakan.

Tunggal vs Serentak (Sekaligus) – Proses otak kanan biasanya berkehendak untuk melakukan dua atau lebih perkara dalam satu masa. Proses otak kiri biasanya suka melakukan satu perkara dalam satu masa. Habiskan satu projek sebelum memulakan yang lain.

Ingat cara otak memproses bukanlah baik atau buruk. Keadaan mungkin mempengaruhi jika kualiti untuk menjadi asset atau kerosakan. Situasi mempengaruhi apa yang perlu berlaku dan sebelah mana yang perlu mengambil tempat. Idea seterusnya mungkin membantu mungkin dapat membantu anda melihat bagaimana sesuatu situasi biasa mempengaruhi dominasi otak.

Melayani kreativiti merupakan skil (kemahiran) otak kanan. Orang otak kanan mampu mengambil pola beberapa silang jahitan yang berbeza, cantumkan dengan beberapa warna baru, dan membuat sesuatuyang baru. Proses otak kiri hanya mengikut apa yang tersedia pada pola itu.Semasa memasak. Proses otak kiri hanya menurut resepi secara tetap. Proses otak kanan suka menggunakan kreativiti didalam dapur.

Bagaimana proses otak dicuci? Muncul desakan, kepadatan. Proses otak kiri biasanya suka keteraturan dan arahan (peraturan). Bayangan adalah mudah bagi kebanyakan proses otak kanan. Mereka berfikir dalam gambaran. Proses otak kiri berfikir dalam perkataan dan menghadapi masaalah menggambarkan.

Minta kepada sahabat mengambil pen atau pensil dan lakarkan diatas kertas cara untuk sampai kerumah mereka.

Proses otak kiri biasanya melakarkan langkah satu demi satu(step-by step direction). Manakala proses otak kanan biasanya melakarkan peta. Sesetengah menggunakan proses yang lebih lengkap dengan kedua-dua peta dan langkah(directions)nya sekali.

Perbezaan penggunaan bahagian otak membawa kepada perbezaan karektoristik. Sebagai contoh, Proses otak kanan suka arahan dan kestabilan; Proses otak kanan lebih menyukai corak kehidupan yang tidak rasmi (Informal way).

Sementara mereka menghadapi masaalah untuk mengeluarkan pendapat dengan pertuturan, Proses otak kanan lebih suka menggunakan ujian bertulis. Orang yang menggunakan otak kiri biasanya suka mempelbagaikan ujian.

Jika ada masa, anda mungkin hendak memperkatakan tentang karektoristik beberapa orang yang berbeza yang mungkin menunjukkan samaada mereka adalah pengguna otak kanan atau atau otak kiri.
ok secara ringkasnya boleh dikatakan

Otak kanan dan otak kiri mempunyai pertindihan kemahiran dan perbezaan cara berfikir. Memahami perbezaan ini akan menambah rasa menghargai diri dan orang lain. Masing-masing mempunyai kecenderungan semulajadi berbanding satu sama lain. Yang mana lebih membawa kecenderungan, kedua-dua belah otak digunakan dan pendapat yang mengubah proses kedua belahnya. Matlamat utama ialah untuk memproses menggunakan seluruh otak.

aku dan sesuatu vol. 82~ lagi fakta tentang lelaki dan wanita

selalu kite gaduh antara pempuan ngan laki... masing nk betulkan halwa masing... masing2 dengan pendirian masing2.. dengan adenya pendapat sedemikian pertelagahan menjadi agk rumit walhal dlm sesuatu pekara yang sebelah pihak rasekan mudah..

mari aku konsikan ape yang aku jumpe dlm pencarian untuk melengkapkan diri... so korang pun leh buat benda nie sebagai rujukan...

LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat takbaik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin....maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

so pada korang yang da bace leh la cube2 muhasabah diri... mungkin selama nie kita sendiri kurang paham dan arif dalam sesuatu hal tapi sibuk nk keluarkan pendapat hehe...

Ahad, 5 Jun 2011

aku dan sesuatu vol. 81

lame gile aku xupdate pe2 kt sini... oatak da makin tepu n mud tuk laman2 sosial nie pun da makin kurang... usia da makin meningkat agknye... bulan nie bulan penuh makne bg aku... tp rase nk seleb bulan nie kurang... masing2 jauh aku pujuk hati siri la... xpela la bukan xnk smbut an... jarak membataskan hehe... pe2 pun alhamdulillah syukur rezeki dipanjangkan hingga hari nie... semua dietentukan n aku flow the BOOk.. tp xbemakna aku xberusaha untuk capai lbih baek insyaAllah janji Allah pada hamba2nya yg berusaha adalah kejayaan... insyaAllah.... cepat lmbat xesah janji usaha aku beterusan n kesan 2 ada...

Rabu, 18 Mei 2011

aku dan sesuatu vol. 80 ~ fakta lelaki dan perempuan

Fakta lelaki dan perempuan
1. Rata-rata wanita tidur lebih lama 1 jam daripada lelaki pada waktu malam.

2. Sperma laki-laki yang menentukan jenis kelamin bayi.

3. Bayi perempuan cenderung lebih cepat berjalan dan berbicara, bayi laki-laki 2 bulan lebih lambat.

4. Lebih banyak kehamilan dan kelahiran dengan komplikasi saat mengandung bayi laki-laki daripada bayi perempuan.

5. Wanita mempunyai sel darah 1 juta lebih sedikit daripada laki-laki dan rata-rata berat otak laki-laki + 1,4 Kg, wanita kurang dari itu.

6. Pergantian kelamin lebih banyak dilakukan lelaki.

7. Basikal laki-laki mempunyai setang/palang di tengah basikal.

8. Wanita sangat menimbang-nimbang masalah dan perubahan sehari-hari ( misal : penggunaan alat baru ).

9. Pada tulang punggung manusia, wanita lebih lebar dan besar, mengikuti perkembangan tulang panggul untuk proses persalinan. Lebih banyak timbunan lemak pada punggong, Laki-laki lebih banyak timbunan lemak pada perut.

10. Wanita kurang mampu menahan dingin disebabkan permukaan kulit yang lebih besar, sehingga lebih suka pada suhu ruang yang lebih hangat.

11. Laki-laki lebih suka bicara langsung sesuai tujuannya, sementara pembicaraan wanita terputus-putus dengan keraguan dan perasaan. Disebabkan serabut penghubung antara belahan otak kanan ( intuisi ) dan kiri ( logika ) lebih sedikit pada wanita. Sehingga ekspresi perasaan lebih mudah terjadi pada wanita.

12. Wanita lebih baik indra penciumannya disebabkan tingginya hormon estrogen yang diketahui sebagai aktivator reseptor penciuman.

13. Wanita mempunyai 75 % lebih banyak kelenjar keringat/peluh ( yang menghasilkan bau badan ) daripada laki-laki.

14. Kemampuan indra lelaki untuk mengecap rasa masam, manis dan masin lebih rendah pada wanita.

15. Hubungan yang rapat/intim diluar pernikahan, laki-laki dua kali lebih banyak.

16. Lebih dari dua kali pada wanita cenderung homoseksual pada usia 45 tahun daripada laki-laki.

17. Pada saat usia tua wanita mengalami kerontokan rambut, pada usia yang sama sebagian besar laki-laki mengalami kebotakan. Kebotakan disebabkan produksi berlebihan dari hormon androgen ( hormon laki- laki ).

18. Mata laki-laki rata-rata lebih besar daripada wanita, mata wanita lebih banyak bahagian yang berwarna putih.

19. Lebih banyak wanita menggunakan kacamata dan lensa kontak, antara usia 16 - 44 tahun.

20. Secara umum hidung laki-laki lebih besar daripada wanita. Sedangkan wanita rata-rata mempunyai bibir lebih besar dibanding laki-laki.

21. Rata-rata pendengaran laki-laki menurun sekitar usia 32, wanita usia 37.

22. Lebih banyak wanita dapat bernyanyi tanpa suara sumbang dibanding laki-laki. Pita suara laki-laki lebih panjang dan saluran napasnya 30 % lebih besar.

23. Bagi Lelaki, jika berkomunikasi dengan sesama jenis saling berjauhan dengan ada ruang antara diantara mereka dan bereaksi negatif jika seseorang masuk di antara ruang jarak pembicaraan. Laki-laki lebih mudah tertekan pada kerumunan yang membatasi ruang geraknya.

24. Berpapasan dengan wanita pada jalanan ramai, laki-laki menghadapkan tubuhnya menghadap wanita yang dilewatinya. Wanita cenderung membalikkan badan, sering secara tidak sadar menempatkan tangan di depan badannya untuk melindungi dada.

25. Wanita memproduk dua juta sel telur selama hidupnya mulai usia 4 bulan ketika masih dikandung, laki-laki terus memproduksi sperma hingga usia tua.

26. Kekuatan meramas tangan laki-laki dua kali lebih kuat daripada wanita.

27. Kira-kira 48 % laki-laki mendengkur ketika tidur, hanya 22 % pada wanita.

28. Wanita rata-rata 153 detik berada di toilet, laki-laki 113 detik.

29. Hubungan keluarga yang baik meninggikan kualiti hidup: 62 % wanita, 49 % lelaki.

30. Satu berbanding empat, wanita dibanding laki-laki yang berbicara gagap.

31. 30 % wanita secara sexual lebih aktif pada saat bulan purnama.

32. Lebih banyak wanita menggunakan cincin kawin.

33. Ketika terjadi ketidak-sesuaian/tidak bertegur-sapa antara sesama jenis, laki-laki langsung menemui, wanita menjauhi.

34. Rata-rata laki-laki membaca lebih lama daripada wanita, tetapi lebih banyak dua kali wanita yang membaca daripada laki-laki.

35. Lebih dari dua kali ganda wanita yang hidup sendiri dibanding laki-laki setelah usia 65 tahun.

36. Memilih warna Merah atau Biru: Lelaki lebih banyak memilih merah, wanita warna biru.

37. Semua rekod Olimpik untuk kecepatan berenang, lari, lompat tinggi, lompat jauh dipegang atlet laki-laki.

38. Wanita lebih banyak menggunakan kataganti diri "Saya" dibanding laki-laki.

39. Laki-laki lebih baik dalam membaca peta dan dalam keahlian ukur ruang. Laki-laki cenderung lebih mudah melakukan dua pekerjaan (abstrak dan logika ) pada waktu bersamaan.

40. Dalam 99 % pereputan tulang terjadi pada wanita setelah menopause, setelah hormon estrogen menurun. Tetapi wanita lebih sedikit mengalami pengerasan pembuluh darah, karena estrogen menjaga pembuluh darah lebih lentur dan menolong mencegah naiknya kholestrerol.

41. Penelitian di Amerika, wanita menggunakan waktu hampir dua kali lebih banyak untuk berbelanja dibanding lelaki.

42. Perkawinan yang memuaskan lebih banyak terjadi pada lelaki dengan usia lebih tua, dibanding pada wanita pada usia sama.

43. Lebih banyak wanita yang menyatakan dirinya sakit kronik daripada lelaki.

44. Penelitan di Australia, tiga kali ganda laki-laki dibanding wanita yang meninggal karena kanker paru-paru dan penyakit jantung.

45. Tetapi 2446 wanita berbanding 16 lelaki yang meninggal karena kanser payudara pada tahun 1990.

46. Dalam status perkawinan, lelaki meningkatkan usia harapan hidup. Tetapi bagi wanita pula, usia harapan hidup lebih tinggi jika hidup sendiri.

47. Penelitian di Australia, pembunuhan dilakukan 86 % oleh laki-laki, 95 % penghuni penjara adalah pria.

48. Penelitian di England, anak laki-laki lebih mudah dibohongi /dipedaya daripada anak perempuan.

49. Wanita lebih berani, lebih dari 55 % wanita memeriksakan giginya secara rutin dibanding 40 % pada lelaki.

50. Wanita secara umum yang lebih menentukan corak dan gaya pakaian yang dipakai.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...